Harini lastday kitorg punya program #SantaiPicnic di Port Dickson yang telah berlangsung selama 2hari 1malam..
Okay hari last ni lepas je kitorg breakfast, kitorg siap-siap kemas barang untuk check-out..
Harini bertambah satu lagi kereta iaitu kereta Proton Satria Neo yang dinaiki oleh dua orang jejaka iaitu Amir dan Anuar (double A..haha)
Checkpoint pertama kitorg dekat Pantai Tanjung Bidara..singgah makan aiskrim dan selfie-selfie dulu.. hehe
Okay perjalanan diteruskan lagi.. Check point kedua kitorg singgah makan di gerai-gerai tepi jalan dekat nak masuk klebang tu.. mahal makanan dia.. kalau boleh jangan la pegi,, hehe..
Lepas makan kitorg gerak ke Padang Pasir Melaka yang sangat popular tuu.. ingatkan boleh masuk dengan Ranger rupa-rupanya pusing punya pusing takde jalan. semua jalan diorg tutup.. no choice laa kena jalan kaki jugak..
Nak masuk tak kena bayaran tapi nak parking kena bayaran.. dah la kena bayar nak parking pastu jauh pulak tu nak berjalan masuk dalam...perghh.. mungkin tu kali pertama dan terakhir kot pegi situ.. hehe
terjumpa pulak dengan si kaktus ni.. hehe.. gurun sahara kot...
Checkpoint ketiga, sesi coaching business bersama Sifu Faisal Alwie di tengah-tengah padang pasir,, hehe..kuat gila angin dia sebab tu tak kisah kena dok tengah padang pasir..ahaha..
okay masing-masing dah penat berjalan dan berselfie, so kitorg pun pulang ke kereta.. nak dijadikan cerita masa kitorg sampai kat kereta tu ternampaklah satu kereta ni tersangkut pulak di pasiran pantai.. hehe gurau je.. bukan pasir pantai.. pasir tuu laa kat padang tu.. dengan baik hatinya #TeamFaisalAlwie ni pun menghulurkan bantuan :)
lepas tu kitorg terus gerak balik Shah Alam sebab dah lewat sangat dalam kul 5.30ptg macam tu.. esok masing-masing kerja lagi..ehhe.. okay laa.. terima kasih kepada yang sudi baca entry ni.. sampai jumpa di lain masa..
Assalamualaikum.. :)
No comments:
Post a Comment