Saturday 30 March 2013

Faart Di Port Dickson:)


Assalamualaikum :)
Mungkin kah ia terlambat untuk saya mencoret coret cerita di Konvo Poli PD ? Hehe. Nie ha ex-student nak berhujah sikit. Hehe. Konvo kali ini bukan saya yang nak kena gi naik pentas ceritanya, cuma ada buka booth di gerai jualan masa hari konvo tu. Bukan jual bunga, bukan jual air tapi karya khat. Boleh dibuat hadiah ucapan tahniah atau lain lain. Ini merupakan kali pertama FaisalAlwie's Art keluar berada di lokasi tertentu. Kalau tidak hanya dapat bersua melalui laman FB saja, kalau berjumpa pun time delivery karya dekat customer. 

Cerita nya bermula gini, masa bulan 10 tahun lepas, bekas lecturer saya yang juga Pensyarah Akademik, juga yang mengajar saya akaun, call saya. Lecturer tu suggest kat saya suruh datang next konvo untuk buka booth dekat poli PD nanti. Hermm, berbelah bagi jap. Sebab tak pernah kan. Hehe.Bila ditanya teman teman lain yang ada pengalaman, mereka bagi semangat dan katanya kalau sorang je pergi tak cukup tangan.So ajak lah Helmi ,salah seorang kawan kenalan khat juga. Dia pun setuju dan menjelang bulan 2 kami buat persiapan rapi untuk ke sana. 

Bila tiba hari yang dinantikan, fuh! mcm mcm benda baru dapat tahu, tengok gelagat orang, ragam manusia, mcm mcm. Ini juga merupakan first time buat demo di khalayak ramai. Goyah juga, sebab tengah khusyuk nak buat khat, tak putus putus orang tanya itu ini , harga, saiz, warna apa sesuai, nak yang itu, nak yang ini, namun itu satu cabaran buat saya, keperluan mereka, kehendak mereka, pertanyaan mereka, saya dapat lakukan dengan baik.Alhamdulillah. Baru lah saya mengerti rasa nya berada di khalayak ia memerlukan kesabaran yang tinggi, semangat yang kuat, kawal emosi. Pada sebelah pagi suasana masih terkawal, apabila tiba waktu kemuncak dimana orang ramai sudah keluar dari dewan konvo, time tu lah tak menang tangan. 

Time takda ramai orang, boleh lah curi ambil gambar kejap :)

Bersama askar Lahad Datu. Hehe :P


Yang turut membantu teman dari Aceh. :) 


Gambar saya takde, sbb saya tukang ambil gambar. hoho



Sedikit sebanyak gambar yang di ambil untuk simpanan. Kalau nak ikutkan takda masa nak ambil gambar. Untuk hari kedua, saya mengajak seorang lagi kawan untuk membantu. Dia dari Aceh. Tapi pic yang kat atas nie,yang duduk sebelah saya nie bukan dari Aceh. Nie bandmate saya (Diamond Skies). Namanya Ijal. So sudah pasti dari Malaysia lah kan . Ala-ala Sabahan sikit kan ? Ke ada rupa Aceh ? Haha. :D Memang takcukup tangan. Banyak tempahan. Jadi bertiga lah kami. Baru lah rasa terkawal sikit, sekurang kurang nya ada orang dapat menyambut dan melayani customer yang datang. 

Selepas 4 hari disana, saya berasa puas hati dengan apa yang saya dapat, pengalaman tu yang penting. Memberi saya pendedahan diluar. InsyaAllah, saya akan terus buat yang terbaik disamping saya perlu menajam kan lagi tulisan, tangan masih keras lagi, saya perlu selalu berlatih. Dengan harapan ia akan jadi yang lebih baik untuk masa akan datang.
In sya Allah.










Allah Muhammad

Karya Terbaru :)

Allah Muhammad



" Hiasan Lukisan Seni Khat / Seni Kaligrafi Islam "




.


Bismillahirrahmanirrahim



Mulakanlah kerja dengan niat yang satu untuk mendapat keredhaanNYA 
Moga segala urusan dipermudahkanNYA agar sentiasa dalam kebaikan 
Barulah hati kita kan terasa tenang dan bersyukur dengan apa yang ada.


" Hiasan Lukisan Seni Khat / Seni Kaligrafi Islam "




.


Al - Alim - Yang Maha Mengetahui

Assalamualaikum :D

Pengetahuan manusia mungkin boleh memcipta sains atau teknologi  yang luar biasa. Sekarang nie, dizaman serba maju begini banyak yang boleh kita jelajah dan ketahui. Nak cari info ? Pakcik Google ada. Nak cari kawan ? Facebook ada, Twitter, Myspace lah, apa lah dan seangkatan dengan nya. Nak tgk sedikit sebanyak life kawan atau pun artis ? Youtube ada, Instagram, Keek bla bla and bla. Nak pergi bulan? Dah boleh sangat. Nak pergi Matahari ? Itu jangan cakap. Comfirm tak sampai. Haha. 

Tapi sehebat mana pun fizikal mental manusia mahupun produk ciptaan manusia, (bukan Produk 1Malaysia ye hehe) kita takkan dapat meniru ilmu makhluk kecil seperti semut. Tidak akan! Tak boleh! Tidak mungkin! Impossible! No! Amboihh excited lebih sampai speaking london pulak. Maka,marilah kita mengamalkan ilmu yang kita miliki dengan sebaik-baiknya bagi melapang kan jalan kita.

Jika menguasai ilmu ekonomi, sebarkan lah dengan cara berniaga yang benar. Jika ada kelebihan di buku, boleh diamal atau sebarkan melalui wakaf buku atau Al-Quran untuk menarik "Al-'Alim" menganugerahkan ilmunya kepada kita. Jika ada kemahiran anugerah Ilahi, kita kongsi bersama hadiah-Nya. Sesungguhnya saya ikhlas berkongsi apa yang saya miliki dengan kalian juga keluarga yang tak pernah berhenti menyokong impian saya.
 Jadi zikir-zikir "Al- 'Alim" dapat menebar pesona kebaikan dan membuka rahmat bagi alam semesta. Mengamalkan zikir suci dalam kehidupan seharian dapat menambah hati ingin selalu menikmati kenikmatan dari Allah. Kesucian Allah terpancar dari lisan lisan Asma' ini. Saat kita menikmati ciptaan-Nya, disinilah terasa kesempurnaan penciptaanya, tak akan mampu kita raih dengan pengetahuan kita yang amat terbatas.


Wahh, mukadimah yang sungguh panjang. Tujuan sebenar ada lah ini :) Alhamdulillah, ilham datang dariNya maka terhasillah Karya Al-'Alim



Kepada pelanggan yang setia, saya tak pernah menganggap kalian pembeli, penempah, peng'order, pe..itu,  pe..ini dan sebagainyaa, malah kita adalah sahabat yang baru dipertemukan.  
Ilmu seseorang harus membawanya kepada iman, selanjutnya ini mengantarnya kepada keikhlasan dan ketundukan kepada Allah. 

Salam.


" Hiasan Lukisan Seni Khat / Seni Kaligrafi Islam "














Sunday 3 March 2013

"Demo" FaisalAlwie's Art


You gain knowledge by learning Something new. You gain wisdom by learning and accepting Something contradicting or altering things you'd learned for before.



Kita menimba ilmu pengetahuan dengan mempelajari sesuatu yang baru. Kita boleh mendapat kebijaksanaan dengan belajar dan menerima sesuatu yang bertentangan atau mengubah perkara yang kita pelajari sebelum ini.



Al-Qoyyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya


Ungkapan Al- Qayyum terdiri daripada 3 huruf iaitu Qaf , Wauw , dan Mim
Maknanya yang pertama ialah sekelompok manusia dari sini lahir kata Qaum/ Kaum
Kedua bermakna tegak/lurus terlahir makna berdiri.
Dan ketiga adalah tekad bererti muncul kesinambungan dan terus menerus kerana tanpa tekad kesinambungan tidak akan terlaksana.


" Hiasan Lukisan Seni Khat / Seni Kaligrafi Islam "



Saturday 2 March 2013

Suara Hati -Part 1 Apa Itu Khat ?

Bismillahirrahmanirohim



Assalamualaikum,
Saya pemilik blog, ingin menjadikan blog ini sebagai satu ruang untuk saya mempamerkan koleksi hasil karya saya, juga ruang untuk berkongsi pengetahuan tentang seni Islam. Setelah sekian lama , saya terpanggil untuk berkongsi sesuatu pengetahuan tentang khat yang semakin lama, semakin pudar dek telan zaman. Bila saja sebut "Khat" pastinya terbayang di mata sesuatu tulisan yang cukup indah seni nya, cukup halus sentuhannya, cukup cantik dilihatnya dan cukup teliti pembikinannya. Biasanya ia ditulis dalam Bahasa Arab. Ia sebuah seni warisan kebudayaan Islam berasaskan Al-Quran dan Hadis. 

Minat terhadap seni sememangnya fitrah semulajadi setiap insan. Begitu juga dengan saya. Allah S.W.T dan RasulNya tidak pernah melarang pun penglibatan manusia dalam bidang seni cuma asalkan tidak bertentangan dengan syariat Islam. Justeru khat adalah lambang kesenian Islam yang tulen dan PERLU DIPELIHARA sepanjang masa untuk mengekalkan keasliannya. Khat yang sempurna dan menarik akan menambah seni serta menarik minat orang ramai terhadapnya.

Dengan kata lain, khat atau 'calligraphy' adalah bermaksud tulisan yang dikenali dengan tulisan jawi. Khat ditulisa dari kanan dan ke kiri dengan menggunakan bahan seperti pensil, kapur, buluh dan sebagainya. Tulisan ini mempunyai tanda-tanda harakah di atas dan bawah. Semua gerak baris tanda melahirkan irama seni tampak. Bukan melahirkan irama lagu ke buat lagu ke album, tapi setiap lenggokan huruf, lengkung, tegak, berbaring menghasilkan tulisan yang indah tampaknya. Lagi cantik diwarnai pula tulisannya tanpa merosakkan bentuk huruf yang ada.



Motif seni bermatlamatkan kebaikan.

Assalamualaikum~




Allah Muhammad



" Hiasan Lukisan Seni Khat / Seni Kaligrafi Islam "



.

Bismillah in Caligraphy



" Hiasan Lukisan Seni Khat / Seni Kaligrafi Islam "



.

Karya Islamik Terbaru :)




" Hiasan Lukisan Seni Khat / Seni Kaligrafi Islam "



.

"HEY BABY ....DEKAT LAGI,,,,"

Kalau hanya baca tajuk mesti salah faham. Tapi sebenarnya ia adalah bait lirik sebuah lagu yang bukan tujuan maksiat sebaliknya mahu me...