Wednesday 15 May 2013

Merpati Dua Sejoli


Pasangan sering diibaratkan seperti merpati dua sejoli. Sebab itu lah nama pasangan yang di gabungkan dalam karya ini, saya bentukkan dalam lukisan dua merpati untuk menampakkan keserasian. Karya ini boleh dihadiahkan untuk pasangan , atau mak ayah pun boleh :)

Sabarlah dalam mengharungi lautan dugaan dan cabaran hati, kerana di hujung sana Allah menjanjikan kebahagiaan, ketenangan serta keberkatan hidup di dunia mahupun akhirat. Yakin dan percayalah pada setiap janji-janji-Nya.






" Hiasan Lukisan Seni Khat / Seni Kaligrafi Islam "




.

Monday 6 May 2013

New Karya

Kali ini memilih tema biru. Ala-ala "Skyfall" gitu.





" Hiasan Lukisan Seni Khat / Seni Kaligrafi Islam "




.

Saturday 4 May 2013

Disebalik Pembikinan Galeri


"Ana bukan buat korban, Ana buka galeri laa. In syaAllah. Anta cepat benar mendengar kontroversi. Yang bagus nya anta, sebab anta bertanyakan hal ini kepada Ana sendiri. Bagus."
Assalamualaikum :) 
"Bukan mudah menyusul tangga ke angkasa ohyehhh, bukan mudah mengubah mimpi jadi realiti ... ohyeahh"
Lagak bekas pelajar AF jap. Hehe. Untuk pertama kalinya, entry kali ini  ditulis, ditaip, dicerita, dihebah,dikecoh, di di di dan di , jauh sekali berkaitan hasil karya atau informasi yang sewaktu dengannya. Kali ini saya ingin berkongsi perasaan dan pengalaman sepanjang pembabitan saya dalam bidang ini. Impian saya dalam perjuangkan seni ini adalah memiliki sebuah galeri untuk koleksi seni khat yang dihasilkan. Itu salah satu impian lah, kalau nak cerita impian macam-macam, yang tak berkaitan pun banyak. Sebagai manusia kita kena ada hala tuju dan matlamat dalam hidup. Kalau kita tak pandai mengatur strategi hidup, banyak yang tidak dapat kita capai. Jadi sekarang, matlamat terdekat adalah "GALERI"  


Dalam kepala nie, dah ada susunan dan aturcara yang dirancang. Ini bukan tentatif program atau aturcara majlis, tapi seperti kronologi minda. Konon nya nak buka galeri, bajet dalam lingkungan umur 30 tahun gitu. Tiba-tiba bajet lari. Bukan lari yang perlu dikejar, tapi lari datang terlebih awal, tanpa diduga, tanpa disangka. Terkejut den dia datang sergah, melompat pusing 360 darjah haha. Tup tup umur 24 tahun pada tahun 2013 dapat buka galeri. Alhamdulillah, rezeki Allah.  Kisahnya bermula begini . . Al-Kisah . .

Ada lah satu hari nie, lepas balik dari kerja kiranya waktu petang lah kan, hati terdetik nak tengok kedai kedai dekat satu bangunan baru area Rawang nie. Tepi Tesco Rawang. Siapa yang pernah datang beli bawang, kunyit, tempe, belacan kat Tesco tu tahulah. Haha. Perlu ke datang Tesco semata-mata beli semua itu? Hehe. Tengah syok usha usha kawasan sekitar, ada lah ternampak satu iklan nie. Bila baca dan amati, rasa macam nak try call. Untuk kedai ground floor, sewanya RM4000. Untuk level 1, RM1500. Tengok tempat agak strategik dah. Belakang Restoran ALI Maju,depan Restoran AMEN Maju. Depan beakang pun maju. Hehe. Erm. Nak call ke taknak. Ke nanti nanti je ? Tapi nanti orang kebas dulu. Hurm. 5 minit 13 saat fikir baru dapat putus kan. Call je lah. Nama owner, Mr. Bean. Ehh, Mr.Lee. Dah pot pet pot pet semua, set lah satu tarikh untuk berjumpa. Beberapa hari kemudian berjumpalah. Kita kalau nak dapat kan sesuatu, adat customer mesti nak murah kan. Bermula lah negotiation antara saya dan Mr.Lee secara langsung dan tidak rasminya. Ternyata sangat senang berurusan dengan Mr.Lee. 

Mr. Faisal dengan Mr. Lee sedang berunding. Haha.

Setelah proses perundingan harga sewa kedai, saya mendapat harga sewa yang paling berpatutan dan masih di dalam kemampuan. Tapi masih was-was lagi. Duit dalam poket Doraemon nie ada duit merah sekeping, duit hijau sekeping, duit biru dua keping, 50sen dan 20sen. Haha. Walau selepas rundingan pun, hati ini masih tidak pasti. Sampai lah terdetik di hati , In sya Allah ada rezeki nanti, kita berseni dengan nama-nama dan ayat-ayat yang suci, tulisan jawi yang indah, bak lirik lagu Maher Zain, In sy Allah ada jalannyaa.

Ada lagi semangat yang meyakinkan saya, iaitu Umi dan Abah yang sentiasa bagi sokongan yang tak pernah putus, membantu saya sepanjang saya menceburi bidang ini. Tiada semangat yang lebih kuat dari ibu bapa. Selain itu, saya tahu di Atas lebih mengetahui niat saya, untuk apa kerjakan, saya akan terus mengagungkan nama Allah dan ayat-ayat suci Al-Quran. Saya tahu tahap kemampuan saya. Berniaga pun tak pernah. Macam mana lah dugaan yang bakal mendatang, risiko yang macam mana lah nak datang mengadap nanti. Kalau nak cakap dari segi kaedah khat, saya belum senior lagi. tapi sentiasa belajar yang buat yang terbaik untuk yang menempah. Itu dah jadi tanggungjawab saya kepada si penempah. Dan saya sentiasa merujuk sifu-sifu yang pakar dan menyanyikan mereka lagu Tunjuk Ajar ku Sifu. Hehe. 

Ehh panjang pulak cerita semangat. Betul bersemangat menaip, macam ayam patuk-patuk pasir sampai nak tercabut keyboard. Okay okay. So kira selamba nya lah saya booking terus dengan owner kedai. Tak kisah lah apa pun risiko nya, saya dah pun nekad untuk menghadapi nya bersama M16, Snipper, Bom Atom. Assault Rifle, Revolver, long guns, short guns, periuk api, lastik, lesung batu, blander, pembakar roti, so redah jelaa. In sya Allah rezeki Dia ada penyelesaiannya. Perjalanan semakin lancar apabila loan diluluskan, dah sign kontrak semua, buat renovation dan decoration galeri semua, dan pada masa yang sama saya perlu menghasilkan karya sebanyak yang mungkin untuk diletakkan digaleri, dan saya juga masih menerima tempahan, dan saya juga bekerja office hour. Dan, dan, dan. Banyak betul dan. Siang bekerja, malam terus mula kerja khat. Sabtu ahad kalau perlu saya ke galeri. Hampir sebulan baru lah tercipta, terlahir, terbina, terjadi, ternampak, tersergam, terlihat, Faisal Alwie's Art Galeri. Nak cerita proses renovation yang berbulan tu takot panjang berjela nanti, so moh kita layan gambar dibawah. Layannzzz!!

Kedai dikosongkan. Dicuci.

Gosok jangan tak gosok.

Fabrik Langsir

Proses pemilihan dan nego kain langsir. With Ummi :D

Yeahh itu dia aircond. 

Proses pemasangan aircond. 

Buat partion.

Di kedai lampu. Rambang mata.

Sebelum pemasangan lampu

Lampu sudah dipasangkan.

Boleh buat candle light dinner gini hehe

Pemandangan luar.

Pandangan dari luar.

Setelah carpet dan lampu dipasang.



Hasil karya yang belum disusun.



Yang merisaukan, sewa kedai berjalan, tapi galeri tak buka lagi. Setelah hampir 90% siap, baru lah bagi teaser sikit dekat semua. Tak sangka lah, belum setahun business online dah ada galeri. Alhamdulillah. Kalau Allah nak bagi, Allah akan bagi, tapi kalau Allah nak tarik, sekelip mata juga boleh. Okay dah penat taip. Nanti kan update seterusnya untuk tarikh perasmian galeri. Terima kasih. Assalamualaikum.





Updated By Admin.











"HEY BABY ....DEKAT LAGI,,,,"

Kalau hanya baca tajuk mesti salah faham. Tapi sebenarnya ia adalah bait lirik sebuah lagu yang bukan tujuan maksiat sebaliknya mahu me...