Tuesday 11 June 2013

Jumbo Sale di Cawangan Pungutan LHDN 7/6/2013

Assalamualaikum, 

Seawal pagi sebelum program bermula.

Alhamdulillah mendapat sambutan baik untuk permulaan.


Adik nie nak cepat buat nama dia sebab nak ke muzium,
 nak cepat takut muzium tutup katanya hehe

Terima kasih sabar menunggu :)

Tengok jgn tak tengok :D

*Alhamdulillah. Tempahan tak putus-putus. Tak terhenti buat khat spontan di khalayak.
*Adik dan Ummi juga turut membantu. Tak terlayan nanti kalau buat sorang :)
* Tengahari masa Solat Jumaat baru berehat. Selepas tu, masuk balik sambung buat sampai lah ke petang.
Tapi banyak lagi yg tak sempat siap. Bawa balik sambung buat dekat galeri.

Senarai tempahan yang perlu disiapkan.


First batch siap.

Second batch. Bawak balik rumah pulak buat.



Packaging.



Saya nak ucapkan terima kasih kepada Unit Pentadbiran Cawangan Pungutan Lembaga Hasil Dalam Negeri kerana beri peluang kepada FaisalAlwie's Art untuk membuka booth seni kaligrafi disamping berpeluang pula mengembangkan seni khat di LHDN. Terima kasih juga untuk semua yang sabar menanti tempahan anda tak kira lah yang bekerja disini ke, kawan kepada kawan, anak kepada pekerja ke, juga kepada semua warga LHDN. Ada peluang berjumpa lagi.

Assalamualaikum :)

" Hiasan Lukisan Seni Khat / Seni Kaligrafi Islam "



 (Seni Khat/ Seni Kaligrafi Islam/ Jualan Seni Khat/ Jualan Seni Kaligrafi Islam Rawang, Gombak, Selayang, Selangor)


Tuesday 4 June 2013

Interview Ikim.fm :D



30 Mei 2013 merupakan satu tarikh bersejarah buat saya :)

Assalamualaikum ! :D

Pertama sekali , sebelum saya berhujah panjang, saya nak mengucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada pihak Ikim.fm atas kesudian menjemput saya ke konti utk berkongsi cerita minat/hobi dan kerjaya saya dalam seni khat. Peluang ke sana mendedahkan saya kepada dunia baru, dapatlah saya merasai pengalaman di temubual. Namun, saya pernah juga di interview di radio,Gaol.fm , tapi itu untuk muzik. Datang beramai bandmates Diamond Skies. Perasaan nya tak sama dengan yg sorang sorang pergi. Tapi apapun terima kasih sekali lagi Ikim.fm, dan juga Kak Yati, DJ yang menemu bual saya. Gambar di atas itulah Kak Yati. Terima kasih banyak-banyak. :D




Sempat dengar tak temubual FaisalAlwie’sArt kat Ikim.fm ? Hehe. Pada yang dengar, Alhamdulillah, terima kasih kerana mengikuti :D Kali nie pasal interview haritu lambat sikit nak update kat blog, pasal busy sikit, tapi cepat atau lambat pasti akan tercoret juga kat blog ini yang banyak menyimpan 1001 cerita perjalanan FaisalAlwie’sArt. Disebalik interview tu, ada sesuatu yang lain ingin saya sampaikan dan saya akan ceritakan lah sedikit sebanyak babak-babak sebelum dan selepas interview. Semasa interview? Tak nak cerita ke ? Hehe, takpayah lah. Cukup lah kot haritu dah bercerita banyak kat Ikim.fm. Hehe.

Ceritanya ada satu pagi khamis 23 Mei 2013 dalam pukul 11 pagi, tengah sibuk buat kerja mcm biasa kat office nie, tiba-tiba fon bunyi. Tengok aishhh nie nombor apa pulak yang naik nie, jawab jela mcm biasa. Orang itu lalu perkenalkan diri. Namanya Kak Yati, orang yang sama interview saya haritu hehe, dia bagitahu lah tujuannya untuk mernjemput  saya dalam slot Rekreasi Minat dan Hobi di Ikim.fm tu. Saya mcm tak percayalah kan, betul ke nie, terkejut bercampur teruja. Tak semena-mena, saya minta bagi masa untuk saya putuskan nak atau tak. Apalagi, terus call Ummi Abah tanya pendapat, sebab tuan punya badan nie tengah dalam keadaan tak stabil nak fikir hehe, jadi perlukan mereka yg emosi dan mental nya stabil. Sudahnya Ummi Abah sangat bersemangat nak saya pergi. Keterujaan mereka buat saya lagi meronta-ronta, tapi taktahu meronta sebab apa, takut ke, gabra ke, suka ke, teruja ke, sebab ini semua tak pernah ada pun dalam kotak fikiran saya nie, maksud saya belum ada lagi. Yang difikirkan kepuasanhati customer yang tempah, pastu dengan galeri yang tak buka buka lagi, pastu dengan karya apa lagi yang aku nak hasilkan lagi nie, nk bagi nampak kelainan, nak mahirkan lagi tulisan. Ha tu je. Mana ada fikir mcmana ye aku nak berusaha sampai aku di interview kat radio nieh.? Takda. Tapi peluang itulah yg sangat berharga walau belum pernah diimpikan.

 Maka hari yang dinantikan pun tiba, hari khamis 30 Mei 2013 pukul 3. Interview pada haritu berjalan dengan baik sekali. DJ pun sangat memahami dan banyak membantu dalam sesi temubual tu. Saya tak pernah terfikir atau berangan pun akan mendapat tawaran untuk di interview di radio. Mengimpikannya pun belum pernah. Mungkin kerana saya nie masih setahun jagung, bertatih lagi dalam bidang seni khat nie, jadi impian seperti ini mungkin ada jika saya sudah lama menceburi bidang ini, namun belum sempat saya berangan, peluang itu datang. Dengan rendah diri saya merasakan belum layak pun sehingga ke radio, saya nie masih dalam pembelajaran. Tapi saya menganggap ini hanya sekadar berkongsi minat kerana slotnya pun “Rekreasi Minat dan Hobi” kan.

Sesungguhnya kemahiran saya dalam seni khat ini bukan lah anugerah dari-Nya semata-mata, dengan sendiri nya termiliki tangan yang pandai mengukir tulisan indah ini,  tidak pun. Anugerah yang sebenar-benarnya adalah MINAT yang dikurniakan dalam seni khat ini. Dengan hadiah MINAT inilah yang buat saya berusaha belajar. Jika dengan muzik kita belajar irama, maka dalam seni khat saya belajar irama mengalunkan tulisan ini menjadi satu melodi, bukan melodi yg didengar tapi melodi yg dapat kita lihat cukup indah. Saya bermula pun dari bawah, ketika di bangku sekolah. Satu persatu huruf itu ada cara nya untuk dihasilkan. Sehingga kini pun saya masih belajar untuk memantapkan lagi tulisan. Dengan semangat dan dorongan Ummi Abah dan keluarga lah yang buat saya teruskan minat ini. Mereka lah yang paling banyak membantu saya, lagi-lagi dalam hal pembikinan galeri. Ha, itu jauh sekali dapat saya buat tanpa mereka. Saya tahu buat karya je tapi nak ada galeri. Urusan pembikinan galeri saya mana pernah buat, urus itu ini, daftar itu ini, mereka bentuk galeri, pilih itu pilih ini, inilah pertama kali. Pengalaman inilah yg saya kutip dan banyak perkara yg saya taktahu dapat saya belajar, Macam-macam. Terima kasih Ummi Abah.

Alang-alang saya buat selingan gambar sikit, Galeri FaisalAlwie'sArt.


alamat boleh tengok pic bawah nie



Sebelum saya menghabiskan entry kali ini, saya ingin mohon maaf jika sepanjang temubual itu ada yg saya salah cakap, salah sebut, salah cara, baik kenalan saya atau pendengar Ikim.fm yang lain, ada yg tak selesa atau tak berkenan, saya mohon maaf atas semua kekhilafan saya. Saya akan perbaiki diri dari semasa ke semasa, apa yg sy dapat, sy belajar, semua pengalaman akan menjadi pengajaran buat saya. Dan saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong karier saya, yang beri semangat, akan saya hargai dan saya takkan melupakan jasa mereka yang pernah mengajar saya. Akhir kata, yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu datang dari diri saya yg khilaf.

Assalamualaikum.

" Hiasan Lukisan Seni Khat / Seni Kaligrafi Islam "




 (Seni Khat/ Seni Kaligrafi Islam/ Jualan Seni Khat/ Jualan Seni Kaligrafi Islam Rawang, Gombak, Selayang, Selangor)



"HEY BABY ....DEKAT LAGI,,,,"

Kalau hanya baca tajuk mesti salah faham. Tapi sebenarnya ia adalah bait lirik sebuah lagu yang bukan tujuan maksiat sebaliknya mahu me...