Saturday 2 March 2013

Suara Hati -Part 1 Apa Itu Khat ?

Bismillahirrahmanirohim



Assalamualaikum,
Saya pemilik blog, ingin menjadikan blog ini sebagai satu ruang untuk saya mempamerkan koleksi hasil karya saya, juga ruang untuk berkongsi pengetahuan tentang seni Islam. Setelah sekian lama , saya terpanggil untuk berkongsi sesuatu pengetahuan tentang khat yang semakin lama, semakin pudar dek telan zaman. Bila saja sebut "Khat" pastinya terbayang di mata sesuatu tulisan yang cukup indah seni nya, cukup halus sentuhannya, cukup cantik dilihatnya dan cukup teliti pembikinannya. Biasanya ia ditulis dalam Bahasa Arab. Ia sebuah seni warisan kebudayaan Islam berasaskan Al-Quran dan Hadis. 

Minat terhadap seni sememangnya fitrah semulajadi setiap insan. Begitu juga dengan saya. Allah S.W.T dan RasulNya tidak pernah melarang pun penglibatan manusia dalam bidang seni cuma asalkan tidak bertentangan dengan syariat Islam. Justeru khat adalah lambang kesenian Islam yang tulen dan PERLU DIPELIHARA sepanjang masa untuk mengekalkan keasliannya. Khat yang sempurna dan menarik akan menambah seni serta menarik minat orang ramai terhadapnya.

Dengan kata lain, khat atau 'calligraphy' adalah bermaksud tulisan yang dikenali dengan tulisan jawi. Khat ditulisa dari kanan dan ke kiri dengan menggunakan bahan seperti pensil, kapur, buluh dan sebagainya. Tulisan ini mempunyai tanda-tanda harakah di atas dan bawah. Semua gerak baris tanda melahirkan irama seni tampak. Bukan melahirkan irama lagu ke buat lagu ke album, tapi setiap lenggokan huruf, lengkung, tegak, berbaring menghasilkan tulisan yang indah tampaknya. Lagi cantik diwarnai pula tulisannya tanpa merosakkan bentuk huruf yang ada.



Motif seni bermatlamatkan kebaikan.

Assalamualaikum~




No comments:

Post a Comment

"HEY BABY ....DEKAT LAGI,,,,"

Kalau hanya baca tajuk mesti salah faham. Tapi sebenarnya ia adalah bait lirik sebuah lagu yang bukan tujuan maksiat sebaliknya mahu me...