Monday 16 October 2017

Kelebihan Beristighfar


Kisah mengenai Hasan Al-Basri
( Kelebihan Istighfar )


Al-Qurtubi meriwayatkan cerita Ibni Shabih. Pada suatu hari ada seorang lelaki mengadu kepada Hasan al-Basri tentang masa kemarau yang menimpanya. Hasan al-Basri berkata kepadanya: 

Beristighfarlah kepada Allah s.w.t.


Seterusnya seorang lelaki lain mengadu akan kemiskinan yang menimpanya. Hasan al-Basri lalu berkata kepadanya:

“Beristighfarlah kepada Allah s.w.t.”


Ada pula lelaki lain berkata : “Doakanlah aku supaya Allah s.w.t memberiku anak.” Hasan al-Basri kemudian berkata kepadanya:

“Beristighfarlah kepada Allah s.w.t.”


Datang lagi lelaki lain yang mengadu tentang kebunnya yang kekeringan. Hasan al-Basri pun berkata kepadanya:

“Beristighfarlah kepada Allah s.w.t.”


Ar-Rabi lantas berkata kepada Hasan al-Basri: “Beberapa orang lelaki datang mengadu pelbagai jenis perkara kepada kamu tetapi kamu menyuruh mereka semua untuk membaca istighfar”

Hasan al-Basri berkata kepada mereka, “Tidakkah kalian membaca firman Allah subhaanahu wa ta’ala yang bermaksud,


“Maka aku katakan kepada mereka; ‘Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat. Dan memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai’” (Q.S. Nuh: 10-12) "

Konklusinya, kita hendaklah sentiasa husnudzon yakni bersangka baik dengan Allah kerana mungkin Allah akan menggantikan sesuatu musibah itu dengan sesuatu perkara yang lebih baik, Insha Allah :)



lukisan berkaligrafikan kalimah "astaghfirullahal a'zim

cc: ustazah rock

No comments:

Post a Comment

"HEY BABY ....DEKAT LAGI,,,,"

Kalau hanya baca tajuk mesti salah faham. Tapi sebenarnya ia adalah bait lirik sebuah lagu yang bukan tujuan maksiat sebaliknya mahu me...