Monday 7 August 2017

3 Gaya Susunan Sofa di Ruang Tamu




Gaya dan susun atur tempat duduk ruang tamu memerlukan sentuhan kreatif dan beberapa kehendak praktikal perlu dipatuhi. Tiga gaya asas mengatur tempat duduk di ruang tamu ialah:


1. Susunan segi tiga



Gaya susunan segi tiga membabitkan kedudukan tiga penjuru iaitu sofa tiga tempat duduk disusun mengadap meja kopi, diiringi sofa satu tempat duduk ditempatkan di kedua-dua penjurunya. Gaya ini pilihan popular di ruang tamu kerana kedudukannya mesra selain memudahkan tetamu serta tuan rumah berbual juga mengatur kedudukan apabila hendak duduk.


2. Susunan bulat


Gaya susunan bulat mengutarakan sofa berbentuk L dengan sofa satu tempat duduk tambahan ditempatkan di sisi manakala meja kopi diletak di tengah ruang. Gaya ini popular untuk ruang tamu moden kerana nampak santai dan sesuai bagi memupuk kemesraan keluarga.


3. Susunan separuh bulat



Gaya susunan separuh bulat disusun dengan sofa dua atau tiga tempat duduk dijadikan fokal dan dikelilingi sofa satu tempat duduk serta meja kopi di tengah. Gaya ini agak formal iaitu tuan rumah duduk di sofa tengah dan dikelilingi tetamu. Gaya ini amat sesuai untuk tuan rumah memberi tumpuan kepada kesemua tetamunya.

LASTLY, BELI SENI KALIGRAFI DI FAISAL ALWIE'S ART
Buat sedikit perubahan, hias ruang tamu, bilik tidur dan ruang bacaan anda 
dengan karya seni dari Faisal Alwie's Art!


==========================================================
Hubungi kami :
Galeri Seni Faisal Alwie
E-23-1 , Alam Avenue 2,
Jalan Serai Wangi M16/M
Seksyen 16, 40200 
Shah Alam , Selangor


Sebarang pertanyaan Tempahan Whatsap
SILA KLIK INI :

faisalalwiesart@gmail.com

Faisal Alwie - 017 205 0789
Feya Rahim - 010 710 2224
Wahidah Rani - 012 347 0180


Boleh di COD (self Collect)
Pos ke Seluruh Malaysia


sumber: tipshiasandalaman.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

"HEY BABY ....DEKAT LAGI,,,,"

Kalau hanya baca tajuk mesti salah faham. Tapi sebenarnya ia adalah bait lirik sebuah lagu yang bukan tujuan maksiat sebaliknya mahu me...