30 Mei 2013 merupakan satu tarikh bersejarah buat saya :)
Assalamualaikum
! :D
Pertama sekali , sebelum saya berhujah panjang, saya nak mengucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada pihak Ikim.fm atas kesudian menjemput saya ke konti utk berkongsi cerita minat/hobi dan kerjaya saya dalam seni khat. Peluang ke sana mendedahkan saya kepada dunia baru, dapatlah saya merasai pengalaman di temubual. Namun, saya pernah juga di interview di radio,Gaol.fm , tapi itu untuk muzik. Datang beramai bandmates Diamond Skies. Perasaan nya tak sama dengan yg sorang sorang pergi. Tapi apapun terima kasih sekali lagi Ikim.fm, dan juga Kak Yati, DJ yang menemu bual saya. Gambar di atas itulah Kak Yati. Terima kasih banyak-banyak. :D
Pertama sekali , sebelum saya berhujah panjang, saya nak mengucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada pihak Ikim.fm atas kesudian menjemput saya ke konti utk berkongsi cerita minat/hobi dan kerjaya saya dalam seni khat. Peluang ke sana mendedahkan saya kepada dunia baru, dapatlah saya merasai pengalaman di temubual. Namun, saya pernah juga di interview di radio,Gaol.fm , tapi itu untuk muzik. Datang beramai bandmates Diamond Skies. Perasaan nya tak sama dengan yg sorang sorang pergi. Tapi apapun terima kasih sekali lagi Ikim.fm, dan juga Kak Yati, DJ yang menemu bual saya. Gambar di atas itulah Kak Yati. Terima kasih banyak-banyak. :D
Sempat dengar
tak temubual FaisalAlwie’sArt kat Ikim.fm ? Hehe. Pada yang dengar, Alhamdulillah,
terima kasih kerana mengikuti :D Kali nie pasal interview haritu lambat sikit
nak update kat blog, pasal busy sikit, tapi cepat atau lambat pasti akan
tercoret juga kat blog ini yang banyak menyimpan 1001 cerita perjalanan
FaisalAlwie’sArt. Disebalik interview tu, ada sesuatu yang lain ingin saya
sampaikan dan saya akan ceritakan lah sedikit sebanyak babak-babak sebelum dan
selepas interview. Semasa interview? Tak nak cerita ke ? Hehe, takpayah lah.
Cukup lah kot haritu dah bercerita banyak kat Ikim.fm. Hehe.
Ceritanya
ada satu pagi khamis 23 Mei 2013 dalam pukul 11 pagi, tengah sibuk buat kerja
mcm biasa kat office nie, tiba-tiba fon bunyi. Tengok aishhh nie nombor apa
pulak yang naik nie, jawab jela mcm biasa. Orang itu lalu perkenalkan diri.
Namanya Kak Yati, orang yang sama interview saya haritu hehe, dia bagitahu lah
tujuannya untuk mernjemput saya dalam
slot Rekreasi Minat dan Hobi di Ikim.fm tu. Saya mcm tak percayalah kan, betul ke
nie, terkejut bercampur teruja. Tak semena-mena, saya minta bagi masa untuk
saya putuskan nak atau tak. Apalagi, terus call Ummi Abah tanya pendapat, sebab
tuan punya badan nie tengah dalam keadaan tak stabil nak fikir hehe, jadi
perlukan mereka yg emosi dan mental nya stabil. Sudahnya Ummi Abah sangat
bersemangat nak saya pergi. Keterujaan mereka buat saya lagi meronta-ronta,
tapi taktahu meronta sebab apa, takut ke, gabra ke, suka ke, teruja ke, sebab
ini semua tak pernah ada pun dalam kotak fikiran saya nie, maksud saya belum
ada lagi. Yang difikirkan kepuasanhati customer yang tempah, pastu dengan
galeri yang tak buka buka lagi, pastu dengan karya apa lagi yang aku nak
hasilkan lagi nie, nk bagi nampak kelainan, nak mahirkan lagi tulisan. Ha tu
je. Mana ada fikir mcmana ye aku nak berusaha sampai aku di interview kat radio
nieh.? Takda. Tapi peluang itulah yg sangat berharga walau belum pernah diimpikan.
Maka
hari yang dinantikan pun tiba, hari khamis 30 Mei 2013 pukul 3. Interview pada
haritu berjalan dengan baik sekali. DJ pun sangat memahami dan banyak membantu
dalam sesi temubual tu. Saya
tak pernah terfikir atau berangan pun akan mendapat tawaran untuk di interview
di radio. Mengimpikannya pun belum pernah. Mungkin kerana saya nie masih
setahun jagung, bertatih lagi dalam bidang seni khat nie, jadi impian seperti
ini mungkin ada jika saya sudah lama menceburi bidang ini, namun belum sempat
saya berangan, peluang itu datang. Dengan rendah diri saya merasakan belum
layak pun sehingga ke radio, saya nie masih dalam pembelajaran. Tapi saya
menganggap ini hanya sekadar berkongsi minat kerana slotnya pun “Rekreasi Minat dan
Hobi” kan.
Sesungguhnya
kemahiran saya dalam seni khat ini bukan lah anugerah dari-Nya semata-mata,
dengan sendiri nya termiliki tangan yang pandai mengukir tulisan indah ini, tidak pun. Anugerah yang sebenar-benarnya
adalah MINAT yang dikurniakan dalam seni khat ini. Dengan hadiah MINAT inilah
yang buat saya berusaha belajar. Jika dengan muzik kita belajar irama, maka
dalam seni khat saya belajar irama mengalunkan tulisan ini menjadi satu melodi,
bukan melodi yg didengar tapi melodi yg dapat kita lihat cukup indah. Saya
bermula pun dari bawah, ketika di bangku sekolah. Satu persatu huruf itu ada
cara nya untuk dihasilkan. Sehingga kini pun saya masih belajar untuk
memantapkan lagi tulisan. Dengan semangat dan dorongan Ummi Abah dan keluarga
lah yang buat saya teruskan minat ini. Mereka lah yang paling banyak membantu
saya, lagi-lagi dalam hal pembikinan galeri. Ha, itu jauh sekali dapat saya
buat tanpa mereka. Saya tahu buat karya je tapi nak ada galeri. Urusan
pembikinan galeri saya mana pernah buat, urus itu ini, daftar itu ini, mereka
bentuk galeri, pilih itu pilih ini, inilah pertama kali. Pengalaman inilah yg
saya kutip dan banyak perkara yg saya taktahu dapat saya belajar, Macam-macam. Terima
kasih Ummi Abah.
Alang-alang saya buat selingan gambar sikit, Galeri FaisalAlwie'sArt.
alamat boleh tengok pic bawah nie
Sebelum saya
menghabiskan entry kali ini, saya ingin mohon maaf jika sepanjang temubual itu
ada yg saya salah cakap, salah sebut, salah cara, baik kenalan saya atau pendengar
Ikim.fm yang lain, ada yg tak selesa atau tak berkenan, saya mohon maaf atas
semua kekhilafan saya. Saya akan perbaiki diri dari semasa ke semasa, apa yg sy
dapat, sy belajar, semua pengalaman akan menjadi pengajaran buat saya. Dan saya
nak ucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong karier saya, yang beri
semangat, akan saya hargai dan saya takkan melupakan jasa mereka yang pernah
mengajar saya. Akhir kata, yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu
datang dari diri saya yg khilaf.
Assalamualaikum.
" Hiasan Lukisan Seni Khat / Seni Kaligrafi Islam "
(Seni Khat/ Seni Kaligrafi Islam/ Jualan Seni Khat/ Jualan Seni Kaligrafi Islam Rawang, Gombak, Selayang, Selangor)
No comments:
Post a Comment