Mungkin kah ia terlambat untuk saya mencoret coret cerita di Konvo Poli PD ? Hehe. Nie ha ex-student nak berhujah sikit. Hehe. Konvo kali ini bukan saya yang nak kena gi naik pentas ceritanya, cuma ada buka booth di gerai jualan masa hari konvo tu. Bukan jual bunga, bukan jual air tapi karya khat. Boleh dibuat hadiah ucapan tahniah atau lain lain. Ini merupakan kali pertama FaisalAlwie's Art keluar berada di lokasi tertentu. Kalau tidak hanya dapat bersua melalui laman FB saja, kalau berjumpa pun time delivery karya dekat customer.
Cerita nya bermula gini, masa bulan 10 tahun lepas, bekas lecturer saya yang juga Pensyarah Akademik, juga yang mengajar saya akaun, call saya. Lecturer tu suggest kat saya suruh datang next konvo untuk buka booth dekat poli PD nanti. Hermm, berbelah bagi jap. Sebab tak pernah kan. Hehe.Bila ditanya teman teman lain yang ada pengalaman, mereka bagi semangat dan katanya kalau sorang je pergi tak cukup tangan.So ajak lah Helmi ,salah seorang kawan kenalan khat juga. Dia pun setuju dan menjelang bulan 2 kami buat persiapan rapi untuk ke sana.
Bila tiba hari yang dinantikan, fuh! mcm mcm benda baru dapat tahu, tengok gelagat orang, ragam manusia, mcm mcm. Ini juga merupakan first time buat demo di khalayak ramai. Goyah juga, sebab tengah khusyuk nak buat khat, tak putus putus orang tanya itu ini , harga, saiz, warna apa sesuai, nak yang itu, nak yang ini, namun itu satu cabaran buat saya, keperluan mereka, kehendak mereka, pertanyaan mereka, saya dapat lakukan dengan baik.Alhamdulillah. Baru lah saya mengerti rasa nya berada di khalayak ia memerlukan kesabaran yang tinggi, semangat yang kuat, kawal emosi. Pada sebelah pagi suasana masih terkawal, apabila tiba waktu kemuncak dimana orang ramai sudah keluar dari dewan konvo, time tu lah tak menang tangan.
Time takda ramai orang, boleh lah curi ambil gambar kejap :)
Bersama askar Lahad Datu. Hehe :P
Yang turut membantu teman dari Aceh. :)
Gambar saya takde, sbb saya tukang ambil gambar. hoho
Sedikit sebanyak gambar yang di ambil untuk simpanan. Kalau nak ikutkan takda masa nak ambil gambar. Untuk hari kedua, saya mengajak seorang lagi kawan untuk membantu. Dia dari Aceh. Tapi pic yang kat atas nie,yang duduk sebelah saya nie bukan dari Aceh. Nie bandmate saya (Diamond Skies). Namanya Ijal. So sudah pasti dari Malaysia lah kan . Ala-ala Sabahan sikit kan ? Ke ada rupa Aceh ? Haha. :D Memang takcukup tangan. Banyak tempahan. Jadi bertiga lah kami. Baru lah rasa terkawal sikit, sekurang kurang nya ada orang dapat menyambut dan melayani customer yang datang.
Selepas 4 hari disana, saya berasa puas hati dengan apa yang saya dapat, pengalaman tu yang penting. Memberi saya pendedahan diluar. InsyaAllah, saya akan terus buat yang terbaik disamping saya perlu menajam kan lagi tulisan, tangan masih keras lagi, saya perlu selalu berlatih. Dengan harapan ia akan jadi yang lebih baik untuk masa akan datang.
In sya Allah.
No comments:
Post a Comment