Alhamdulillah Syukur..Hari ini dalam sejarah...titah Sultan untuk ke Istana..berjumpa dengan DYMM Sultan Selangor,..terima kasih kepada org2 istana sudi bawak ronda2 dalam Istana Tuanku...Luaskan Kaligrafimu di Istana
Saturday, 22 August 2015
Karya Lukisan Kaligrafi nama DYMM Sultan Selangor
Karya Lukisan Kaligrafi nama DYMM Sultan Selangor yang akan dipamerkan di Istana.
Terima kasih MPAJ memberi penghormatan mengadap Sultan, dan juga terima kasih kepada crew2 yg bkerjasama Soleh, Safina, zaty dan shaufi
Sunday, 14 June 2015
Sunday, 5 April 2015
Ku yang dulu bukanlah yang sekarang (Artikel dari Sinar Harian - " Dulu Akauntan Kini Usahawan" - Faisal Alwie
Sila Klik Link Ini
SIAPA sangka daripada seorang yang meminati bidang perakaunan dan bekerja dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) suatu ketika dahulu, kini beliau menjadi usahawan seni kaligrafi Islam menggunakan gabungan abstrak dan tulisan khat.
Itulah yang dilalui oleh Muhammad Faisal Alwie yang tidak mempunyai sebarang kelayakan mahupun pengalaman dalam bidang seni, namun akhirnya memulakan perniagaan dengan menceburi bidang tersebut.
Menurut Muhammad Faisal, beliau tidak pernah merancang untuk menjadi usahawan memandangkan minatnya lebih kepada perakaunan dan juga muzik ketika itu.
“Saya memang mempunyai kumpulan muzik sendiri dan entah macam mana dalam pada masa sama timbul ilham untuk saya melukis kaligrafi Islam dan memuat naiknya dalam akaun Facebook saya.
“Dari situ saya dapat pelbagai komen positif dan ramai bertanya adakah itu hasil tangan saya dan ada di antara mereka mula menempah lukisan tersebut,” katanya ketika ditemui di Shah Alam, baru-baru ini.
Beliau yang juga merupakan graduan Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan berkata, kali terakhir mempelajari tulisan khat adalah ketika berada di tingkatan tiga.
“Masa itu saya mempelajari khat di salah sebuah sekolah menengah di Chemor, Perak dan ia hanya sementara sahaja dan kemudian saya sudah tidak mempelajarinya.
“Tetapi ilmu yang dipelajari itu masih ada dan itulah yang saya gunakan mula-mula berniaga dan sampai sekarang saya masih lagi mempelajari seni kaligrafi Islam dan juga khat bagi menambah baik penulisan saya,” katanya.
Mula melukis sekadar suka
Muhammad Faisal berkata, selepas mengambil risiko menerima tempahan melalui Facebook, beliau yakin untuk meneruskan perniagaan itu secara sambilan memandangkan permintaan sentiasa ada.
“Jadi saya ambil keputusan berniaga secara sambilan dan hanya menjalankan perniagaan melalui atas talian (online) sahaja memandangkan saya masih bekerja di LHDN ketika itu.
“Kemudian, saya ambil keputusan untuk buka kedai sendiri di Rawang memandangkan permintaan tempahan meningkat dan saya memerlukan ruang untuk melukis dan mencari ilham,” katanya.
Menurutnya, selepas menyedari beliau perlu memberi perhatian dan komitmen sepenuhnya kepada perniagaan, dia akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti bekerja dengan LHDN pada 2014.
“Pada Ogos 2014 saya membuat satu lagi keputusan penting apabila memberanikan diri untuk menutup kedai di Rawang dan berpindah ke Shah Alam memandangkan banyak permintaan yang saya terima dari Shah Alam,” katanya.
Muhammad Faisal juga berkata, Shah Alam merupakan lokasi yang strategik bagi beliau mengembangkan perniagaannya masa akan datang.
Dua minggu tanpa jualan
Sebut sahaja usahawan yang berjaya bertahan dalam dunia perniagaan pasti mereka ada rahsia kejayaan dan kesusahan yang pernah ditempuhi dalam mengukuhkan perniagaan mereka.
Begitu juga Muhammad Faisal yang pernah hampir berputus asa di pertengahan jalan dalam dunia perniagaan apabila beliau diuji dengan tidak mendapat sebarang hasil jualan untuk tempoh dua minggu.
“Ujian terbesar saya bila tidak mendapat sebarang hasil jualan daripada lukisan saya selama dua minggu. Masa mula-mula tiada jualan saya tidak tahu berapa lama lagi ia akan berlarutan sehingga tidak senang duduk.
“Masa tu saya sudah kelam kabut memikirkan mana nak pusing duit untuk modal, bayar sewa kedai, bil perniagaan, sewa kereta. Bayangkan semua sekali berada dalam fikiran pada satu masa,” katanya.
Beliau yang hampir berputus asa kemudian mengambil keputusan untuk memberi ruang kepada dirinya mencari semula di mana silapnya di sebalik masalah yang melanda dan mencari jalan penyelesaian.
“Saya ambil masa tiga hari bercuti dan fikir sedalam-dalamnya dan mencari semangat yang hilang dengan berfikir secara positif menganggap ia adalah sebahagian daripada cabaran dalam dunia perniagaan.
“Alhamdulillah saya berjaya menempuhi ujian tersebut dan kembali bangun meneruskan perjuangan selain mendapatkan nasihat dan motivasi daripada mereka yang berjaya dalam dunia perniagaan,” katanya.
Lebih 10 lukisan dijual sebulan
Ditanya mengenai tempahan lukisan kaligrafi Islam olehnya, Muhammad Faisal berkata, di awal permulaan beliau menerima tempahan di antara tiga ke lima lukisan sebulan daripada pelanggan.
“Tetapi sekarang Alhamdulillah saya menerima tempahan lebih daripada 10 lukisan dalam satu bulan mengikut permintaan pelanggan.
“Dari segi harga yang saya tawarkan ia bergantung kepada saiz dan jenis lukisan yang saya jual, daripada serendah RM30 hingga beribu ringgit,” katanya.
Menurutnya, lukisan buatannya juga bukan sahaja mendapat tempahan dari dalam Malaysia, malah ke luar negara seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.
"Saya banyak menerima tempahan pelanggan untuk melukis nama mereka mahupun keluarga mereka dalam pelbagai bentuk seperti pokok dan burung merpati," katanya.

Wednesday, 11 March 2015
Thursday, 5 March 2015
Demo Lukisan Kaligrafi atas kanvas live Malaysia Hari Ini (MHI) Tv3 -Faisal Alwie
Assalamualaikum,Alhamdulillah syukur segala nikmat rezeki yg dilimpahkan oleh Allah ..
Kali ini saya di jemput oleh pihak wartawan MHI Tv3 iaitu En.Zaim untuk
membuat demo lukisan kaligrafi Islam bersiaran langsung di MHI TV3 pada 3hb March 2015
terima kasih kepada krew2 mhi tv3 yg sangat sporting,sentiasa membimbing menjaga sy dari awal set hingga selesai.
pengalaman yang sangat bermakna kali ini seperti dalam show sendiri bersama pengacara Fedtri Yahya,Saiful Nizam dan Nadia Anuar..semua sangat sporting
terima kasih sekali lagi Alhamdulillah Syukur..
semakin berkembang seni kaligrafi Islam dan terus kekal bermanfaat kepada masyarakat
InsyaAllah
Untuk melihat video Faisal Alwie Live di MHI Tv3 sila klik link ini
Thursday, 19 February 2015
Perasmian Majlis Pecah Tanah Kg.Melayu Kepong -Lukisan Kaligrafi (Dato Seri' Jamil Khir Baharom)
Saturday, 14 February 2015
13hb Feb 2015 - Perginya Tok Guru Nik Aziz mengadap Ilahi
Kali ini post lari sedikit...sebab semua tahu..sangat terasa..Tokoh Ulama kita iaitu
Tuan Guru Nik Aziz telah kembali ke Rahmatullah pada 9.45 malam Jumaat yg penuh barokah tarikh 13hb Feb 2015
di sini saya ceritakan sedikit pengalaman saya ketika kali terakhir bertemu beliau pada hari raya aidilfitri tahun 2012.
18hb Ogos 2012(Raya pertama Aidilfitri) - Hari bertemu Tok Guru buat kali kedua dan terakhir (Kali pertama xigt mase tu kecik lg time Hari Raya Korban)
Niat beraya di kg masa tu tekad nak jumpa Tok guru, sampailah dgn keluarga smbhyg hari raya aidilfitri di Masjid Tok Guru Pulau Melaka Kelantan,
Selesai solat hari raya yg dismpikan khutbah dan juga diimamkan oleh Tok Guru .. Semua jemaah beratur pnjg untuk bersalaman dgn Tok Guru.. Termasuklah aku jugak..selepas drpd itu Tok Guru di bawa pulang ke rumah, yg mana pintu blkg masjid brape langkah je trus sampai ke pintu rumah beliau..
Bila da masok dalam ternampak beberapa org jepun yang sedang duduk di kerusi kusyen (bukan sofa ye yg jenis mahal2 tu)..terlihat dalam rumah Tok Guru sangat simple..xde pon bende mewah yg boleh ditayangkan.hanya ternampak rak almari yg penuh buku dan kitab2 tersusun ..yg org mcm jepun tah sape diorg ni.khabarnya dari jauh dtg melawat tok guru. .. Tp bkn aku nk jumpa diorg.. Tp tok guru xkelihatan.. Tanya kt hamba Allah td.. Mana tok guru..?.. Jawabnya.. Dalam bilik.. Kejap lg keluar la tu..
Tiba2 keluar la Tok guru dari bilik dgn tongkat di tgn.. Trus aku pelok cium dahi tnpa mnghiraukan org jepun n hamba Allah td.. Tapak tangan tok guru Nik aziz sangat lembut, sgt tenang bila menatap wajah tok guru.. Tok Guru merelakan je ape yg aku buat.. Pelok erat2.. Genggam tangan.. Perasaan mase tu xboleh nak bckp.. Cuma tindakan aku je menampakkan gembiranya dapat bertemu insan yg mulia ini..(org mcm jepun td pon berkesempatan bersalam salaman dgn tok guru..tgok tu...dari jauh mereka dtg untuk ziarah ulama kita..)SubhanaALLah...
Dgn pntas aku minta tolong hamba Allah td ambilkan gambar aku dgn tok guru pkai hp aku untuk dijadikan kenangan.. .. Tp aduhai.. .. Tgok balik.. Xde gamba dlm phone.. Sbb xtaw la hamba Allah td pndai guna ke tidak ambil gambar pkai hp..sedih la kan..gambar kenangan xde huu sbb da di minta beredar dri rumah untuk bg peluang Tok Guru membuat persiapan bertemu dgn rakyat yg hadir beraya ke rumah beliau.... Tp ape2pon syukur. Mujur juga dapat gambar dri cameraman bahgian Unit Komunikasi Menteri Besar..Alhamdulillah..hikmah
Terima kasih Ya Allah.. Aku bkesempatan bertemu dgn hambaMu yg mulia ini sebelum beliau pergi mengadapMu.. Semoga tenang engkau di sana wahai tok guru... Aamiin...
Al fatihah..
Untuk Tok Guru Nik Aziz..
Semoga di tempatkan di Kalangan orang yang beriman..
Syurga buat mu Tuan Guru,...InsyaAllah
Kami sangat menyayangimu..
Subscribe to:
Posts (Atom)
"HEY BABY ....DEKAT LAGI,,,,"
Kalau hanya baca tajuk mesti salah faham. Tapi sebenarnya ia adalah bait lirik sebuah lagu yang bukan tujuan maksiat sebaliknya mahu me...
-
Jenis-Jenis Kaligrafi Asasi Dari penjelasan diatas, apa yang mereka sebut sebagai jenis jenis kaligrafi itu, sebenarnya bukan jenis jenis...
-
Assalamualaikum.... Kali ini saya ingin memperlihatkan kepada anda beberapa tips dan kreativiti deko untuk ruang tamu di rumah anda . ...