Tuesday 24 January 2017

5 Kaedah Serikan Ruang Rumah

Perabot yang berjenama dan mahal belum bermakna anda mampu membuatkan kediaman tampil berseri. Anda masih perlu menitikberatkan beberapa hal terutama soal pencahayaan dan perhiasan agar kediaman anda tampil bersinar dan punyai aura yang tersendiri.  Berikut antara perkara yang harus anda lakukan. 




1. Gunakablind untuk kesan yang lebih baik berbanding langsir di mana ia boleh memantulkan cahaya matahari ke ruang siling.

 

2. Gunakan warna terang bagi membolehkan cahaya dipantulkan dan menyerap masuk ke dalam ruang interior.



3. Tumbuhan hijau juga boleh digunakan untuk membawa masuk lebih banyak cahaya dari luar rumah. Selain tujuan penataan dekorasi rumah, ia juga bertindak sebagai ejen pengudaraan yang berkesan.



4. Anda boleh menggunakan throw atau karpet dengan rekaan warna dan corak yang lebih terang dan ceria. Ia juga mampu membawa kontras kepada penataan rumah yang suram.



5. Anda boleh memilih hiasan ayat-ayat suci kaligrafi sebagai hiasan yang terbaik untuk menambahkan lagi seri pada ruang tamu anda.






Padang Pasir Melaka

Harini lastday kitorg punya program #SantaiPicnic di Port Dickson yang telah berlangsung selama 2hari 1malam..


Okay hari last ni lepas je kitorg breakfast, kitorg siap-siap kemas barang untuk check-out..
Harini bertambah satu lagi kereta iaitu kereta Proton Satria Neo yang dinaiki oleh dua orang jejaka iaitu Amir dan Anuar (double A..haha)


Checkpoint pertama kitorg dekat Pantai Tanjung Bidara..singgah makan aiskrim dan selfie-selfie dulu.. hehe






Okay perjalanan diteruskan lagi.. Check point kedua kitorg singgah makan di gerai-gerai tepi jalan dekat nak masuk klebang tu.. mahal makanan dia.. kalau boleh jangan la pegi,, hehe..

Lepas makan kitorg gerak ke Padang Pasir Melaka yang sangat popular tuu.. ingatkan boleh masuk dengan Ranger rupa-rupanya pusing punya pusing takde jalan. semua jalan diorg tutup.. no choice laa kena jalan kaki jugak..






 Nak masuk tak kena bayaran tapi nak parking kena bayaran.. dah la kena bayar nak parking pastu jauh pulak tu nak berjalan masuk dalam...perghh.. mungkin tu kali pertama dan terakhir kot pegi situ.. hehe










 terjumpa pulak dengan si kaktus ni.. hehe.. gurun sahara kot...



Checkpoint ketiga, sesi coaching business bersama Sifu Faisal Alwie di tengah-tengah padang pasir,, hehe..kuat gila angin dia sebab tu tak kisah kena dok tengah padang pasir..ahaha..



okay masing-masing dah penat berjalan dan berselfie, so kitorg pun pulang ke kereta.. nak dijadikan cerita masa kitorg sampai kat kereta tu ternampaklah satu kereta ni tersangkut pulak di pasiran pantai.. hehe gurau je.. bukan pasir pantai.. pasir tuu laa kat padang tu.. dengan baik hatinya #TeamFaisalAlwie ni pun menghulurkan bantuan :)



lepas tu kitorg terus gerak balik Shah Alam sebab dah lewat sangat dalam kul 5.30ptg macam tu.. esok masing-masing kerja lagi..ehhe.. okay laa.. terima kasih kepada yang sudi baca entry ni.. sampai jumpa di lain masa.. 

Assalamualaikum.. :)








Malam kemuncak BBQ

Assalamualaikum.. 
bermulalah malam kemuncak yang ditunggu tunggu iaitu pada malam BBQ... 


Alhamdulillah tempat BBQ yang sangat strategik.. tempat pilihan kami adalah di Pantai Sri Purnama.. pantai ni dekat dengan Pantai Poli org PD panggil..hehe


Aktiviti bakor membakor pun bermula...









Sifu Faisal turun padang untuk memasak nasi goreng kepada anak-anak buahnya yang masing-masing kelaparan dan dibantu oleh Soleh..







 Suasana ketika aktiviti memasak nasi goreng dan membakor ayam berlangsung...







Suasana masa makan... sambil dihiburkan oleh muzik dari Ijal..






Okay.. dah selesai memasak..jom kita membasuh pulak..haha..basuh kuali guna air laut je.. apa guna picnic tepi pantai kan..ahaha.. #NasyriqRajinKott


Lepas makan dan makan kitorg buat aktiviti games sikit..hehe..game mafia..siapa tahu game ni ? besttt gila game ni... kitorg main games ni saja sampai dekat pukul 3 pagi..ahaha punya la seronok main sampai tak tengok jam..


Okay laa.. sekian saja dulu aktiviti untuk malam ni.. masing-masing dah letih.. nak balik tido.. esok nak berjalan Melaka pulak.. hehe




"HEY BABY ....DEKAT LAGI,,,,"

Kalau hanya baca tajuk mesti salah faham. Tapi sebenarnya ia adalah bait lirik sebuah lagu yang bukan tujuan maksiat sebaliknya mahu me...